Wednesday, November 30, 2011

Kilang Mesra Alam


Dibawah ialah kilang pembuatan kereta sports McLaren yang terletak di Woking , Surrey England . Ianya sebsar 45,500 meter persegi dan dibina dengan teknologi mesra alam. Disinilah kereta lumba street legal McLaren dibina dan dipasang. 



Kilang ini mengitar semula air hujan dari bumbung yang kemudian digunakan bagi mengairi pokok-pokok sekitar kilang. Kilang ni juga dibina "terbenam" kedalam bukit bagi memberi penebat haba yang baik ketika musim sejuk serta panas. 


Bangunan kilang terbenam ini juga membuatkan kilang ini seakan-akan bersatu dengan kontor bukit sekelilingnya. Akhir sekali atapnya akan dipasang sel photovoltaic yang mampu menjana elektrik untuk kegunaan kilang. Bangunan kilang ini ialah hasil rekaan Foster and Partners.



Tuesday, November 22, 2011

Semalam, Hari ini dan Esok...

Assalammualaikum.....Salam Ceria...


Rasa penat pulak hari ni. Mungkin sebab banyak tugas yang perlu dibuat. Suasana agak membosankan dan merimaskan. Entah kenapa?



Semalam pun sama. Hari-hari yang dilalui terasa suram saja. kurang serinya. Something missing in my heart..



Hari ni lebih lagi memenatkan. Penat memikirkan ada insan-insan yang bersenang lenang di atas titik peluh orang lain. Mengapa? Apakah dunia sudah begitu kejam membiarkan insan lain menjadi mangsa untuk kesenangan mereka. Sampai kini masih tak dapat mencari jawapannya. Keja?tugas yang diberi orang lain yang kena buat. Tak tau konsep ibadah ka?Masya Allah...



Esok...entah apa yang menanti esok kerna ia masih ghaib..apakah ia akan lebih baik dari semalam dan hari ini. Wallahu'Alam.....



Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.....



Amin Ya Rabbal 'Alain....

Friday, November 11, 2011

Kasihan bertukar geram.....

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Agak lama ndak update blog nie. Sibuk benar dengan tugasan seharian. Al maklumlah banyak keja terbengkalai. Terdetik pulak di hati untuk bercerita apabila melihat satu benda yang menarik semasa pulang ke ofis selepas lunch tadi. Biasalah hari jumaat masa rehat agak lama sikit.

nSepatutnya hari jumaat nie menjadi hari yang paling bahagia dan gembira buat kita. Namun, disebaliknya terselit satu kekesalan bila melihat seorang yang tidak berupaya dengan memakai topang. Mungkin dia kemalangan atau entah kenapa dia jadi begitu. 


Pasti kita merasa kasihan melihat orang begitu tapi lebih kecewa bila orang yang berkeadaan begitu sanggup bergerak walau payah hanya untuk membeli nombor ekor. Memang amat memalukan. Lebih-lebih dihari jumaat yang mulia ini. Kekurangan yang ada digunakan untuk bermaksiat. Bukankah judi itu haram. Entahlah kenapa mentaliti umat islam sekarang. 

Apapun, semoga Allah membuka hati dan memberi petunjuk buat insan-insan seperti ini. Insya Allah...

p/s Anda jangan pulak buat perkara nie bila anda bukan orang tak berupaya....Nau'dzubillah..

Wednesday, June 1, 2011

Apa Salahku?

Salam 1 Malaysia,

Dah agak lama tak update post kat blog nie, agak busy sebenarnya. Hidup manusia di dunia ni memang sentiasa sibuk. Ada yang sibuk kerja, berniaga, belajar dan menguruskan rumahtangga. Dalam kesibukan itu, pastinya ada dugaan dan cabaran yang dihadapi. Macam aku jugaklah, hairan dengan sikap segelintir manusia yang hanya tahu menunding jari pada orang lain.

Aku pun tak tahulah kenapa ada seorang nie asyik jadikan aku mangsa jak. Selalu sangat nak sakitkan hatiku Aku juga manusia ada perasaan. Apakah dia sengaja menguji kesabaranku? Tak tahulah, hanya Allah lebih mengetahui segalanya.

Mudahan-mudahan Allah bukakan pintu hatinya dan agar tiada orang lain menerima layanan seperti dia melayanku. Namun aku percaya, Allah Maha Adil pada hamba-Nya kerna setiap kali dia menyakitiku,sebenarnya ada orang lain yang menyakiti hatinya lagi. Pastinya orang yang dia sayang jugak kerna aku sayangkan kawan aku seorang nie....


Let's time decide.......



Salam Sayang......

Tuesday, October 19, 2010

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak dating dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada -Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini Sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga Ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Untuk anda yang ingin memikat jejaka idamannya, boleh dapatkan " panduan mengenalpasti kriteria lelaki yang sesuai dijadikan pasangan hidup dan tips bercinta cara Islam" di RahsiaHati.com

Bagi lelaki yang merasakan telah menemui jodoh yang sesuai untuk dijadikan penyeri hidup tapi belum mempunyai wang yang mencukupi untuk membina mahligai bahgia bersama pasangan anda, anda boleh dapatkan "panduan pengurusan kewangan yang bijak disamping dapat mengumpulkan duit kahwin anda" di Maskahwin.com