KEBAHAGIAAN itu impian setiap orang. Siapa yang tidak ingin bahagia? Semua orang menyimpan hasrat untuk mengecapinya.
Namun ada sesetengah merasa sukar untuk mencapai kebahagiaan. Kenapa?
Antara sebabnya adalah kerana kita mula membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Memang sudah lumrah kehidupan manusia pasti akan cuba membandingkan kehidupannya dengan orang lain.
Tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya mempersoalkan apa yang telah kita ada. Juga mempersoalkan apa yang Allah telah beri.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)
Seterusnya firman Allah SWT:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
(QS 67:23)
Hidup bukan perbandingan tetapi hidup adalah perjalanan.
Perjalanan hidup kita tiada kaitan dengan orang lain. Setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza dan cara yang berlainan menempuhnya.
Jangan bersedih bilamana kehidupan kita tidak seperti yang diharapkan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Kita tidak pernah tahu bagaimana hidup kita pada masa hadapan.
Hiduplah untuk diri sendiri kerana setiap dari kita adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah.
Bertenang dan sentiasalah senyum....
Allah itu Maha Adil
Kita semua istimewa dipandanganNya...
EZAHAIZA
Life is a Journey NOT a Destination
Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, August 12, 2014
Adab Bersosial
Antara tip-tip bersosial menggunakan ‘Facebook’, ‘Twitter’ dll :
*Jangan dedahkan aib pasangan
*Jangan burukkan anak-anak
*Ibu-ibu, adik-adik yang ustaz sayangi, jangan letak gambar yang dedahkan aurat.
*Jangan letak gambar yang menayang kecantikan atau keintiman suami-isteri.
*Jangan menipu – contohnya mengaku belum berkahwin dan sebagainya.
Tujuan bersosial adalah untuk:
*Membina keluarga yang soleh
*Melahirkan masyarakat yang takut dan bertaqwa pada Allah
*Jangan dedahkan aib pasangan
*Jangan burukkan anak-anak
*Ibu-ibu, adik-adik yang ustaz sayangi, jangan letak gambar yang dedahkan aurat.
*Jangan letak gambar yang menayang kecantikan atau keintiman suami-isteri.
*Jangan menipu – contohnya mengaku belum berkahwin dan sebagainya.
Tujuan bersosial adalah untuk:
*Membina keluarga yang soleh
*Melahirkan masyarakat yang takut dan bertaqwa pada Allah
Friday, May 17, 2013
MUhasabah Diri
Assalammualaikum wbt & Salam Jumaat,
Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas pada hari jumaat yang mulia ini untuk meneruskan kehidupan seharian. Mudah-mudahan segala usaha dan tugas yang dilaksanakan sentiasa diberkati oleh-Nya. Insya Allah...
Dari awal pagi lagi rahmat Allah turun untuk menyejukkan bumi-Nya ini. Syukurlah sebab sebelum ni agak panas menyengat cuacanya. Cuaca sekarang memang tak menentu. Musim hujan dan panas silih berganti. Begitulah juga kita manusia silih berganti sikapnya. Hari ni lain esok lain.
Teringat kata-kata motivasi ustaz di corong radio setiap awal pagi, "Jangan termenung menyusah diri, hendaklah renung dan muhasabah diri"...Memang benar kita jarang sekali muhasabah diri kita. Apakah kita benar-benar sudah menjadi insan yang mempunyai akhlak terpuji dan tahu tentang adab-adab dalam islam...
Cuba kita lihat anak muda sekarang, bila terserempak atau berselisih dengan orang yang lebih tua, bukannya nak hormat tapi main redah je. Bukan main lagi. Terkadang sengaja berlaga bahu. Kemana hilangnya adab kita pada hari ini? Kalau dengan boyfriend atau girlfriend bukan main hormat tunjuk yang kita nie bajet bagus. Cium tangan padahal bukan mahram. Itu baru bercinta belum lagi jadi suami. Entah masih diamalkankah lagi perbuatan itu.
Bagaimana pula sikap kita dengan orang tua kita? Apakah kita masih menghormati mereka? Sebenarnya agak sedih melihat tingkah laku manusia zaman ini. Apabila kita perhatikan, bercakap dengan kekasih bukan main lembut bicaranya, pijak semut pun tak mati, suara nyamuk pun lebih kuat dari suara kita. Tapi bila berbicara dengan ibu bapa kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, suara kita lebih kuat daripada guruh di langit. Mengapa terjadi perkara seperti ini? Ini kerana kurangnya kesedaran kita terhadap hubungan sesama manusia. Sedangkan Allah sendiri lebih suka kita berbisik bila berdoa kerana Allah itu Maha Sukakan Kelembutan.
Mari kita semak diri kita...
Wednesday, May 15, 2013
Kesihatan vs Kekayaan?
Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah, nampaknya masih ada kesempatan jugak akhirnya untuk mengupdate blog nie walaupun dah bersawang agak lama....Maklumlah sibuk terus dengan tugas yang entah bila akhirnya...
Tapi, hari ini dikuatkan jugak hati untuk membuka blog nie dan cuba berkongsi dengan apa-apa perkembangan terbaru. Baru-baru nie mula berjinak dengan vitamin..bukan apa setelah lama baru tersedar bahawa diri ini sebenarnya kekurangan banyak vitamin yang diperlukan oleh tubuh....
Memandangkan keadaan sekarang dengan cuaca tak menentu dan ramai jugak orang diserang masalah kesihatan...jumpa orang kat sini batuk-batuk, kat sana selesma dan macam-macam lagi la....hehehe..
Sebenarnya bila difikir-fikir..ramai orang sibuk mengumpul kekayaan tanpa memperdulikan kesihatan masing-masing...Entah apa yang dicari...tapi bila ingat balik dah sakit nanti duit yang dikumpul tu tak boleh nak buat apa...memang boleh beli ubat tapi sayang lambat sembuh dan kadang-kadang ubat tu langsung tak berkesan.....Jadi sekarang apa yang ada pada KEKAYAAN...KESIHATAN lah sebenarnya kekayaan yang dicari...
Semua orang mengimpikan untuk jadi kaya tapi berapa ramai orang kaya yang dapat memiliki KESIHATAN yang sebenarnya...KESIHATAN tidak dapat dicari kerana ia adalah anugerah Allah buat manusia....Carilah sebanyak mana HARTA KEKAYAAN yang diinginkan namun tidak sekali-kali ia dapat membeli KESIHATAN...
Fikir2kanlah....
p/s Mencegah lebih baik daripada mengubat.....
Friday, December 9, 2011
Belajarlah Menghormati Orang Lain
Salam Hormat,
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sifat hormat menghormati. Kadang-kala kita hairan mengapa sifat ini semakin lupus dalam masyarakat kita. Kita juga dapat lihat orang muda sudah tidak menghormati orang yang lebih tua darinya. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat.
Fenomena ini juga berlaku dalam kehidupan seharian. mungkin juga dalam keluarga. Anak sudah tidak menghormati ibu bapanya. Sedangkan itu merupakan amalan mulia turun-temurun yang diajarkan kepada kita. ke mana hilangnya kesedaran kita tentang amalan mulia.
Apakah kerana berkembangnya arus kemodenan dunia maka semakin lenyaplah amalan mulia yang diajarkan kepada kita sejak dari zaman nenek moyang lagi. Rasulullah saw sendiri selalu mengingatkan kita agar menerapkan amalan mulia dalam diri kita terutama sekali dalam hormat menghormati sesama kita.
Fenomena ini juga berlaku dalam kehidupan seharian. mungkin juga dalam keluarga. Anak sudah tidak menghormati ibu bapanya. Sedangkan itu merupakan amalan mulia turun-temurun yang diajarkan kepada kita. ke mana hilangnya kesedaran kita tentang amalan mulia.
Apakah kerana berkembangnya arus kemodenan dunia maka semakin lenyaplah amalan mulia yang diajarkan kepada kita sejak dari zaman nenek moyang lagi. Rasulullah saw sendiri selalu mengingatkan kita agar menerapkan amalan mulia dalam diri kita terutama sekali dalam hormat menghormati sesama kita.
Rasulullah SAW bersabda:"Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati yang tua dan tidak menyayangi yang muda dari kami."
Subscribe to:
Posts (Atom)