Friday, May 17, 2013

MUhasabah Diri

Assalammualaikum wbt & Salam Jumaat,

Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas pada hari jumaat yang mulia ini untuk meneruskan kehidupan seharian. Mudah-mudahan segala usaha dan tugas yang dilaksanakan sentiasa diberkati oleh-Nya. Insya Allah...

Dari awal pagi lagi rahmat Allah turun untuk menyejukkan bumi-Nya ini. Syukurlah sebab sebelum ni agak panas menyengat cuacanya. Cuaca sekarang memang tak menentu. Musim hujan dan panas silih berganti. Begitulah juga kita manusia silih berganti sikapnya. Hari ni lain esok lain. 

Teringat kata-kata motivasi ustaz di corong radio setiap awal pagi, "Jangan termenung menyusah diri, hendaklah renung dan muhasabah diri"...Memang benar kita jarang sekali muhasabah diri kita. Apakah kita benar-benar sudah menjadi insan yang mempunyai akhlak terpuji dan tahu tentang adab-adab dalam islam...

Cuba kita lihat anak muda sekarang, bila terserempak atau berselisih dengan orang yang lebih tua, bukannya nak hormat tapi main redah je. Bukan main lagi. Terkadang sengaja berlaga bahu. Kemana hilangnya adab kita pada hari ini? Kalau dengan boyfriend atau girlfriend bukan main hormat tunjuk yang kita nie bajet bagus. Cium tangan padahal bukan mahram. Itu baru bercinta belum lagi jadi suami. Entah masih diamalkankah lagi perbuatan itu.

Bagaimana pula sikap kita dengan orang tua kita? Apakah kita masih menghormati mereka? Sebenarnya agak sedih melihat tingkah laku manusia zaman ini. Apabila kita perhatikan, bercakap dengan kekasih bukan main lembut bicaranya, pijak semut pun tak mati, suara nyamuk pun lebih kuat dari suara kita. Tapi bila berbicara dengan ibu bapa kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, suara kita lebih kuat daripada guruh di langit. Mengapa terjadi perkara seperti ini? Ini kerana kurangnya kesedaran kita terhadap hubungan sesama manusia. Sedangkan Allah sendiri lebih suka kita berbisik bila berdoa kerana Allah itu Maha Sukakan Kelembutan. 

Mari kita semak diri kita...




Wednesday, May 15, 2013

Kesihatan vs Kekayaan?

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah, nampaknya masih ada kesempatan jugak akhirnya untuk mengupdate blog nie walaupun dah bersawang agak lama....Maklumlah sibuk terus dengan tugas yang entah bila akhirnya...

Tapi, hari ini dikuatkan jugak hati untuk membuka blog nie dan cuba berkongsi dengan apa-apa perkembangan terbaru. Baru-baru nie mula berjinak dengan vitamin..bukan apa setelah lama baru tersedar bahawa diri ini sebenarnya kekurangan banyak vitamin yang diperlukan oleh tubuh....



Memandangkan keadaan sekarang dengan cuaca tak menentu dan ramai jugak orang diserang masalah kesihatan...jumpa orang kat sini batuk-batuk, kat sana selesma dan macam-macam lagi la....hehehe..

Sebenarnya bila difikir-fikir..ramai orang sibuk mengumpul kekayaan tanpa memperdulikan kesihatan masing-masing...Entah apa yang dicari...tapi bila ingat balik dah sakit nanti duit yang dikumpul tu tak boleh nak buat apa...memang boleh beli ubat tapi sayang lambat sembuh dan kadang-kadang ubat tu langsung tak berkesan.....Jadi sekarang apa yang ada pada KEKAYAAN...KESIHATAN lah sebenarnya kekayaan yang dicari...

Semua orang mengimpikan untuk jadi kaya tapi berapa ramai orang kaya yang dapat memiliki KESIHATAN yang sebenarnya...KESIHATAN tidak dapat dicari kerana ia adalah anugerah Allah buat manusia....Carilah sebanyak mana HARTA KEKAYAAN yang diinginkan namun tidak sekali-kali ia dapat membeli KESIHATAN...

Fikir2kanlah....

p/s Mencegah lebih baik daripada mengubat.....