Friday, December 9, 2011

Belajarlah Menghormati Orang Lain

Salam Hormat,

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sifat hormat menghormati. Kadang-kala kita hairan mengapa sifat ini semakin lupus dalam masyarakat kita. Kita juga dapat lihat orang muda sudah tidak menghormati orang yang lebih tua darinya. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat. 

Fenomena ini juga berlaku dalam kehidupan seharian. mungkin juga dalam keluarga. Anak sudah tidak menghormati ibu bapanya. Sedangkan itu merupakan amalan mulia turun-temurun yang diajarkan kepada kita. ke mana hilangnya kesedaran kita tentang amalan mulia. 

Apakah kerana berkembangnya arus kemodenan dunia maka semakin lenyaplah amalan mulia yang diajarkan kepada kita sejak dari zaman nenek moyang lagi. Rasulullah saw sendiri selalu mengingatkan kita agar menerapkan amalan mulia dalam diri kita terutama sekali dalam hormat menghormati sesama kita.

Rasulullah SAW  bersabda:"Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati yang tua dan tidak menyayangi yang muda dari kami."


.” (HR Ahmad dan Hakim, dihasankan oleh Al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no. 4319)


No comments: