Tuesday, August 3, 2010

Air Dalam Tubuh Mempengaruhi Kesegaran Kulit

Assalammualaikum WBT,

Ari ni aku nak cite sket pasal air. Artikel ni aku ambik kat salah satu web tu. Memang berguna sangat untuk aku yang tak suka kurang minum air nie. Al maklumlah air tu kosong aje...takde rasa pun. Tapi atas kesedaran dan ingin sihat selalu, aku amalkan jugaklah minum air kopi kosong nie..heheh..

Air memang penting untuk tubuh badan kita. Lebih-lebih lagi untuk kita yang tinggal kat kawasan khatulistiwa beriklim panas nie, memang memerlukan banyak air. Ini memandangkan cuaca panas menyebabkan kita menghasilkan peluh yang banyak dan akibatnya air dalam tubuh pun akan berkurangan. Jadi, kita kenalah minum air sebanyaknya.

Aku mula sedar yang aku kekurangan air apabila kulit aku kering sangat. Sebelum nie okay jak pun. Bibir pun kering dah. HUh...mo minum air banyak aku bukannya suka sangat bab aku suka minuman manis. Fuh, pekena Nescafe memang sodapp..Akhirnya, aku pun dapat la sakit yang memang aku anti sesangat nie yang dinamakan Migrain. Aku pun carilah info pasal migrain nie. Rupanya kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan migrain...Jadi, mula sekarang aku dah mula amalkan minum air nescafe kosong sebagai minuman harian aku. Memang dah jadi amalan aku sekarang. Alhamdulillah, jarang sangat dah aku diserang migrain nie. Kalo dulu, boleh dikatakan setiap minggu migrain nie menemani aku. Mungkin benar, air dikatakan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit. So, sapa-sapa yang rasa dia ada migrain tu, cuba ingat-ingat kembali mungkin korang kekurangan air dalam badan. Mulai sekarang marilah kita sama-sama MINUM AIR KOSONG 4 LITER SEHARI....heheheh

Di sini aku sertakan sedikit info menarik mengenai kelebihan air kosong nie. So, mari sama-sama kita baca untuk kesihatan kita semua.

  • AIR DALAM TUBUH MEMPENGARUHI KESEGARAN TUBUH

    Satu daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan minum banyak air. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit.

    Bagaimanapun, sering timbul persoalan berapakah jumlah air yang diperlukan tubuh kita sehari? Betulkah setiap orang harus mengambil lapan gelas air sehari?

    Sama ada kita sedar atau tidak, saban tahun kajian yang dibuat menyentuh keperluan pengambilan air dan memberi pelbagai saranan tetapi hakikatnya keperluan air dalam tubuh banyak bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan, berapa aktif anda dan di mana anda tinggal.

    Walaupun satu formula tidak mungkin sesuai untuk semua orang, mengetahui keperluan anda kepada cecair akan membantu anda menentukan jumlah air yang perlu diambil setiap hari.

    Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Setiap sistem tubuh bergantung kepada air. Contohnya, air membantu membuang toksin daripada organ, membawa nutrisi kepada sel dan membekalkan sekitaran lembap pada telinga, hidung dan tisu kerongkong.

    Jika air dalam badan kurang, ia menyebabkan anda mengalami masalah kekurangan air (dehydration), keadaan yang terjadi apabila anda tidak mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuh berfungsi.

    Soalnya, berapa banyak air yang anda perlukan? Setiap hari anda kehilangan air melalui bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan pergerakan usus. Untuk tubuh berfungsi dengan sempurna, anda perlu menambah bekalan air dengan pengambilan makanan dan minuman mengandungi air.

    Faktor yang mempengaruhi keperluan air dalam tubuh

    Anda perlu mengubahsuai keperluan pengambilan cecair bergantung kepada berapa aktif anda, bagaimana iklim tempat tinggal, status kesihatan dan sama ada anda hamil atau menyusukan bayi.

    Selain itu, ada beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi keperluan air dalam tubuh anda.

    A) Senaman: Semakin kerap bersenam, lebih banyak cecair yang anda perlukan untuk memastikan bekalan air dalam tubuh mencukupi. Meminum satu atau dua cawan lebih daripada pengambilan biasa mungkin membantu tetapi ia hanya bertahan untuk beberapa ketika jika anda bersenam dalam tempoh waktu yang lama misalnya bermaraton dalam masa lebih dari sejam.

    Berapa banyak cecair tambahan yang diperlukan bergantung kepada berapa banyak anda berpeluh ketika senaman. Tetapi secara umum, dua atau tiga cawan dalam tempoh sejam mungkin sudah mencukupi.

    Ketika melakukan senaman intensif dalam tempoh yang lama, bagus jika anda memilih minuman khas untuk aktiviti sukan yang mengandungi sodium. Ini boleh membantu menggantikan kehilangan sodium ketika berpeluh dan mengurangkan peluang terjadinya hypothermia, keadaan suhu badan terlalu rendah yang boleh mengancam nyawa.

    B) Persekitaran: Cuaca yang panas dan terik boleh membuatkan anda berpeluh dan memerlukan tambahan cecair. Cuaca panas yang terkurung (dalam bilik misalnya) menyebabkan kulit hilang kelembapan terutama ketika musim sejuk. Ditambah pula jika anda berada dalam altitud sekitar 2,500 meter yang menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Kekerapan itu akan mengurangkan simpanan air dalam tubuh.

    C) Keadaan kesihatan: Masalah kesihatan seperti demam, muntah, cirit-birit membuatkan tubuh hilang simpanan cecair. Dalam keadaan ini anda patut minum lebih air. Tetapi dalam keadaan kesihatan seperti masalah buah pinggang atau hati anda perlu mengurangkan pengambilan air.

    D) Hamil atau menyusukan bayi: Wanita hamil atau menyusu memerlukan lebih air. Simpanan air dalam tubuh akan hilang dalam jumlah yang banyak terutama jika menyusu. Wanita hamil perlu minum 2.4 liter (10 cawan) air setiap hari manakala ibu menyusui bayi perlu mengambil tiga liter (12.5 cawan) sehari.

    Menambah simpanan air dalam tubuh tidak bermaksud anda hanya perlu bergantung kepada apa yang anda minum. Apa yang anda makan juga boleh memenuhi simpanan air dalam tubuh. Secara purata makanan membekalkan 20 peratus daripada keseluruhan pengambilan air, sementara 80 peratus lagi datang daripada air minuman.

    Contoh, banyak buah-buahan mengandungi air begitu juga jika anda menikmati minuman selain air kosong. Tembikai dan timun mengandungi 100 peratus air. Minuman seperti susu dan jus juga mengandungi banyak air. Jika anda menikmati teh, kopi atau minuman soda juga menyumbang kepada simpanan air dalam tubuh tetapi perlu diingat jenis minuman ini tidak sepatutnya menjadi sumber utama pengambilan air anda. Air kosong adalah pilihan terbaik kerana ia bebas kalori dan murah.

    Kehilangan air (dehydration) dan komplikasi.

    Gagal memenuhi keperluan air tubuh membawa kepada masalah kehilangan air. Malah kehilangan air walaupun pada tahap yang lemah – iaitu hilang satu atau dua peratus – akan membuatkan anda mudah letih. Punca biasa masalah kehilangan air termasuklah muntah, cirit dan berpeluh.

    Tanda-tanda mengalami masalah kehilangan air


    • Dahaga atau dahaga yang berlebihan
    • Pening
    • Sakit kepala
    • Mulut kering
    • Air kencing yang sedikit
    • Otot lemah
    • Pening
    • Sakit kepala melihat lampu/cahaya terang



    Secara umum, rasa dahaga bukanlah idea terbaik untuk menjadi panduan bilakah anda perlu minum. Jika minum air dari botol, basuh dan ganti botol minuman secara kerap kerana botol plastik tidak dihasilkan untuk diguna secara kerap. ~ Sumber: Healthyahoo.com

    Ketika anda dahaga, kemungkinan anda sudah pun berhadapan dengan masalah kehilangan air. Apatah lagi jika usia sudah meningkat badan tidak lagi berupaya sepenuhnya mengesan kehilangan air dan menghantar isyarat ke otak. Dahaga yang keterlaluan dan kekerapan membuang air kecil mungkin tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal. Berjumpa dengan doktor untuk maklumat selanjutnya.

    Panduan


    • Minum segelas air sebelum makan atau selepas makan
    • Minum sebelum, ketika dan selepas bersenam
    • Buang tabiat menikmati minuman tidak sihat seperti arak dan soda

No comments: