Wednesday, August 4, 2010

Gangguan Jin dan Sihir

Assalammualaikum WBT,

Semalam aku dapat panggilan daripada kawan aku yang merupakan jiran aku jugak. Dia nak tanya kalo aku ada no hp Ustaz yang boleh merawat gangguan sihir. So, aku dengan penyibuknya prihatin cuba tanya apasal plak. Kawan aku nie pun gtau la adik dia cam kena sihir seseorang. Aku pun terkejut la. Eh, apsal plak? Kawan aku nie pun explain la adik dia tue mcam kena dengan seseorang. Rupanya ada seorang lelaki nie minat kat adik dia tapi adik dia tak berapa layan. Lagipun, adik dia nie masih belajar lagi. Nak SPM plak tahun nie.

Hal macam nie kita tak boleh nak terus tuduh orang. Lagipun "makhluk" nie suka nak memecahbelahkan kita. So, kena siasat betul-betul dulu. Takut kita buat fitnah plak. Dah dapat "bonus" dengan menambah dosa. Apapun aku doakan kesembuhan adik kawan aku tue. Sebab tue kita nie kena ada pendinding diri sebagai persediaan dan juga senjata kita. Insya Allah, kita akan sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Sebagai mukmin kita kena tahu doa adalah senjatan kita.

Sebagai langkah awal, buatlah persediaan dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran. Bacalah Al-Quran dan jadikanlah dia teman kita dikala senang mahupun susah. Malahan Al-Quran juga dikatakan dapat memberi syafaat kepada kita di hari kiamat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib)"

 Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’ (Ayat 82): "Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."

Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan bacaan al Quran sekurang-kurangnya seratus ayat tiap-tiap hari. Di sini saya sertakan tips-tips yang boleh digunakan untuk mengelak kita daripada terkena sihir.

 Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malamErtinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya.

Salam Ukhuwah,

Ezahaiza

No comments: