Monday, August 23, 2010

Lampu Garam Bukit





Sudah sekian lama aku cuba cari lampu garam bukit nie, atau dikenali jugak dengan nama Rock Salt. Bukan apa, aku tertarik dengan khasiatnya. Yang paling utama sekali pasal meneutralkan cas negatif klo letak kat dalam bilik, rumah atau sudut dalam umah kita. Memang menarik sungguh. Pastu sebagai penghalau nyamuk. Eh, betul ke nie?baguslah..ni berita baik nie...sekarang nie banyak sangat nyamuk. Tu la pasal kes denggi tak berhenti-henti terpampang kat dada akhbar. So, berbalik pada lampu garam bukit nie, aku ada sedikit info tentangnya yang nak aku share ngan korang sumer.

Khasiat Lampu Garam Bukit
• Meneutralkan dan meningkatkan kualiti udara
• Mengurangkan pencemaran udara
• Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
• Menyembuhkan luka akibat terbakar
• Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
• Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara dalam rumah
• Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi manusia
• Melegakan resdung (sinus,migrain,pening kepala , demam panas, selesema)
• Meningkatkan tahap produktiviti kerja dan kosentrasi
• Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
• Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar
• Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah
 

Semoga memberi manfaat untuk kita semua... 



Sunday, August 22, 2010

Gempa Bumi Lemah di Lahad Datu

Terkejut jugak aku baru-baru nie dengar dari berita ada gempa bumi lemah di tempat aku nie...memang tak perasan. pulak tu, time gempa bumi tu tengah sahur...boleh plak tak perasan. Makcik tukang sapu kat ofis da kecoh-kecoh rumah dia terasa bergoyang. Syukur jugak lah tak kuat gegaran tu. Kalo tak, mesti jadi cam kes dulu terpaksa pi ke tanah tinggi lagi. Inilah dunia akhir zaman nie, macam-macam berlaku bencana. So, cepat-cepatlah bertaubat kan selagi ada peluang kita. Bila dah kiamat nanti, segalanya adalah sia-sia...

Nie sebagai pengajaran buat kita semua. Hayatilah....

Saturday, August 14, 2010

Solat Terawih


Assalammualaikum WBT,


Alhamdulillah, ari nie cukup lima hari kita berpuasa. Mudah-mudahan puasa dan ibadah kita diterima Allah. Dalam bulan Ramadhan nie pastilah ramai diantara kita yang berpusu-pusu untuk ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Solat Terawih nie kira popularlah dalam bulan Ramadhan. Apapun banyak hikmah untuk kita menjalankan ibadah terawih ini. Namun begitu, solat terawih nie adalah ibadah sunat yang dilakukan oleh Rasulullah. Ia dilakukan dengan 20 rakaat dan witir 3 rakaat, maka jumlah kesemuanya adalah 23 rakaat.


Mari kita lihat apakah keutamaan solat Terawih ini. Adapun, Solat Terawih ini adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.

Maka, marilah kita menyemarakkan lagi Ramadhan kita dengan ibadah yang banyak agar mendapat keberkatan dan beroleh rahmat dari Allah SWT. 


Salam Ramadan


EzaHaiZa





Friday, August 6, 2010

Hujan

Assalammualaikum WBT,



Awal subuh lagi, hujau dah turun renyai-renyai. Memang sejuk dan sedap kalo dapat tarik selimut. Tapi demi kerjaya, bangun jugaklah. Ramai orang tak berapa suka hujan, menyalahkan hujan sebagai pembawa bencana buruk, namun bagiku hujan itu adalah satu rahmat Allah. Seperti Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

Jadi, mengapa kita perlu menyesali dan mengeluh saat turunnya hujan. Rasullullah SAW ada berpesan pada kita bahawa apabila hujan turun, doa adalah mustajab. Jangan persiakan saat pintu langit dibukakan untuk kita untuk berdoa. Berdoalah, berdoa dan berdoa. Firman Allah SWT:

"Maka KAMI bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Apakah masih tidak jelas kepada kita manfaat hujan itu. Bersyukurlah selagi ada rahmat Allah buat kita di masa bumi ini kerana saat dekatnya terjadi kiamat, kita akan berhadapan dengan kemarau yang panjang dan kering kontang. Hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan-tumbuhan tidak bertumbuh, manusia dalam keadaan kehausan dan kelaparan. Saat itu, apakah baru kita ingin meminta hujan diturunkan?Hargailah dan syukurilah apa yang Allah kurniakan pada kita saat ini.

Ucapkanlah "Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya ALLAH, Ya TUHANkami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Semoga Allah memperkenankan doa-doa kita semua...Amin

Wednesday, August 4, 2010

Gangguan Jin dan Sihir

Assalammualaikum WBT,

Semalam aku dapat panggilan daripada kawan aku yang merupakan jiran aku jugak. Dia nak tanya kalo aku ada no hp Ustaz yang boleh merawat gangguan sihir. So, aku dengan penyibuknya prihatin cuba tanya apasal plak. Kawan aku nie pun gtau la adik dia cam kena sihir seseorang. Aku pun terkejut la. Eh, apsal plak? Kawan aku nie pun explain la adik dia tue mcam kena dengan seseorang. Rupanya ada seorang lelaki nie minat kat adik dia tapi adik dia tak berapa layan. Lagipun, adik dia nie masih belajar lagi. Nak SPM plak tahun nie.

Hal macam nie kita tak boleh nak terus tuduh orang. Lagipun "makhluk" nie suka nak memecahbelahkan kita. So, kena siasat betul-betul dulu. Takut kita buat fitnah plak. Dah dapat "bonus" dengan menambah dosa. Apapun aku doakan kesembuhan adik kawan aku tue. Sebab tue kita nie kena ada pendinding diri sebagai persediaan dan juga senjata kita. Insya Allah, kita akan sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Sebagai mukmin kita kena tahu doa adalah senjatan kita.

Sebagai langkah awal, buatlah persediaan dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran. Bacalah Al-Quran dan jadikanlah dia teman kita dikala senang mahupun susah. Malahan Al-Quran juga dikatakan dapat memberi syafaat kepada kita di hari kiamat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib)"

 Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’ (Ayat 82): "Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."

Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan bacaan al Quran sekurang-kurangnya seratus ayat tiap-tiap hari. Di sini saya sertakan tips-tips yang boleh digunakan untuk mengelak kita daripada terkena sihir.

 Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malamErtinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya.

Salam Ukhuwah,

Ezahaiza

Tuesday, August 3, 2010

Game And English

Assalammualaikum WBT...



Today,  my latest entry, I would like to tell you about my favorite hobby. I like to play games, Adventure Games like Final Fantasy. It's the most game I like. With the best graphic and so beautiful characters...also the scene...background of the game..so attractive!

Why I wrote in English? It's because - I want to tell you all how can I be good in English, maybe not good enough but at least I can speak and write in English although with a broken one. Next time, I'll improve my English...promise-Nah!

Hate English?Yes,I hate English when I still in primary school. Always failed my English Test...Never Passed...So sad...But when I continued studies on secondary school, in form 2, I begin to love English subject...Why?Of course, we had a good and kind-hearted teacher. Handsome?A little...hahahaha...

I'm started to interest English subject. I learn slowly with a games. So, that I think game is the best way to learn English and to teach people. We have to learn English because it is International Language. Also, we need prevent people to take advantage of us. Danger!

Air Dalam Tubuh Mempengaruhi Kesegaran Kulit

Assalammualaikum WBT,

Ari ni aku nak cite sket pasal air. Artikel ni aku ambik kat salah satu web tu. Memang berguna sangat untuk aku yang tak suka kurang minum air nie. Al maklumlah air tu kosong aje...takde rasa pun. Tapi atas kesedaran dan ingin sihat selalu, aku amalkan jugaklah minum air kopi kosong nie..heheh..

Air memang penting untuk tubuh badan kita. Lebih-lebih lagi untuk kita yang tinggal kat kawasan khatulistiwa beriklim panas nie, memang memerlukan banyak air. Ini memandangkan cuaca panas menyebabkan kita menghasilkan peluh yang banyak dan akibatnya air dalam tubuh pun akan berkurangan. Jadi, kita kenalah minum air sebanyaknya.

Aku mula sedar yang aku kekurangan air apabila kulit aku kering sangat. Sebelum nie okay jak pun. Bibir pun kering dah. HUh...mo minum air banyak aku bukannya suka sangat bab aku suka minuman manis. Fuh, pekena Nescafe memang sodapp..Akhirnya, aku pun dapat la sakit yang memang aku anti sesangat nie yang dinamakan Migrain. Aku pun carilah info pasal migrain nie. Rupanya kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan migrain...Jadi, mula sekarang aku dah mula amalkan minum air nescafe kosong sebagai minuman harian aku. Memang dah jadi amalan aku sekarang. Alhamdulillah, jarang sangat dah aku diserang migrain nie. Kalo dulu, boleh dikatakan setiap minggu migrain nie menemani aku. Mungkin benar, air dikatakan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit. So, sapa-sapa yang rasa dia ada migrain tu, cuba ingat-ingat kembali mungkin korang kekurangan air dalam badan. Mulai sekarang marilah kita sama-sama MINUM AIR KOSONG 4 LITER SEHARI....heheheh

Di sini aku sertakan sedikit info menarik mengenai kelebihan air kosong nie. So, mari sama-sama kita baca untuk kesihatan kita semua.

  • AIR DALAM TUBUH MEMPENGARUHI KESEGARAN TUBUH

    Satu daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan minum banyak air. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit.

    Bagaimanapun, sering timbul persoalan berapakah jumlah air yang diperlukan tubuh kita sehari? Betulkah setiap orang harus mengambil lapan gelas air sehari?

    Sama ada kita sedar atau tidak, saban tahun kajian yang dibuat menyentuh keperluan pengambilan air dan memberi pelbagai saranan tetapi hakikatnya keperluan air dalam tubuh banyak bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan, berapa aktif anda dan di mana anda tinggal.

    Walaupun satu formula tidak mungkin sesuai untuk semua orang, mengetahui keperluan anda kepada cecair akan membantu anda menentukan jumlah air yang perlu diambil setiap hari.

    Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Setiap sistem tubuh bergantung kepada air. Contohnya, air membantu membuang toksin daripada organ, membawa nutrisi kepada sel dan membekalkan sekitaran lembap pada telinga, hidung dan tisu kerongkong.

    Jika air dalam badan kurang, ia menyebabkan anda mengalami masalah kekurangan air (dehydration), keadaan yang terjadi apabila anda tidak mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuh berfungsi.

    Soalnya, berapa banyak air yang anda perlukan? Setiap hari anda kehilangan air melalui bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan pergerakan usus. Untuk tubuh berfungsi dengan sempurna, anda perlu menambah bekalan air dengan pengambilan makanan dan minuman mengandungi air.

    Faktor yang mempengaruhi keperluan air dalam tubuh

    Anda perlu mengubahsuai keperluan pengambilan cecair bergantung kepada berapa aktif anda, bagaimana iklim tempat tinggal, status kesihatan dan sama ada anda hamil atau menyusukan bayi.

    Selain itu, ada beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi keperluan air dalam tubuh anda.

    A) Senaman: Semakin kerap bersenam, lebih banyak cecair yang anda perlukan untuk memastikan bekalan air dalam tubuh mencukupi. Meminum satu atau dua cawan lebih daripada pengambilan biasa mungkin membantu tetapi ia hanya bertahan untuk beberapa ketika jika anda bersenam dalam tempoh waktu yang lama misalnya bermaraton dalam masa lebih dari sejam.

    Berapa banyak cecair tambahan yang diperlukan bergantung kepada berapa banyak anda berpeluh ketika senaman. Tetapi secara umum, dua atau tiga cawan dalam tempoh sejam mungkin sudah mencukupi.

    Ketika melakukan senaman intensif dalam tempoh yang lama, bagus jika anda memilih minuman khas untuk aktiviti sukan yang mengandungi sodium. Ini boleh membantu menggantikan kehilangan sodium ketika berpeluh dan mengurangkan peluang terjadinya hypothermia, keadaan suhu badan terlalu rendah yang boleh mengancam nyawa.

    B) Persekitaran: Cuaca yang panas dan terik boleh membuatkan anda berpeluh dan memerlukan tambahan cecair. Cuaca panas yang terkurung (dalam bilik misalnya) menyebabkan kulit hilang kelembapan terutama ketika musim sejuk. Ditambah pula jika anda berada dalam altitud sekitar 2,500 meter yang menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Kekerapan itu akan mengurangkan simpanan air dalam tubuh.

    C) Keadaan kesihatan: Masalah kesihatan seperti demam, muntah, cirit-birit membuatkan tubuh hilang simpanan cecair. Dalam keadaan ini anda patut minum lebih air. Tetapi dalam keadaan kesihatan seperti masalah buah pinggang atau hati anda perlu mengurangkan pengambilan air.

    D) Hamil atau menyusukan bayi: Wanita hamil atau menyusu memerlukan lebih air. Simpanan air dalam tubuh akan hilang dalam jumlah yang banyak terutama jika menyusu. Wanita hamil perlu minum 2.4 liter (10 cawan) air setiap hari manakala ibu menyusui bayi perlu mengambil tiga liter (12.5 cawan) sehari.

    Menambah simpanan air dalam tubuh tidak bermaksud anda hanya perlu bergantung kepada apa yang anda minum. Apa yang anda makan juga boleh memenuhi simpanan air dalam tubuh. Secara purata makanan membekalkan 20 peratus daripada keseluruhan pengambilan air, sementara 80 peratus lagi datang daripada air minuman.

    Contoh, banyak buah-buahan mengandungi air begitu juga jika anda menikmati minuman selain air kosong. Tembikai dan timun mengandungi 100 peratus air. Minuman seperti susu dan jus juga mengandungi banyak air. Jika anda menikmati teh, kopi atau minuman soda juga menyumbang kepada simpanan air dalam tubuh tetapi perlu diingat jenis minuman ini tidak sepatutnya menjadi sumber utama pengambilan air anda. Air kosong adalah pilihan terbaik kerana ia bebas kalori dan murah.

    Kehilangan air (dehydration) dan komplikasi.

    Gagal memenuhi keperluan air tubuh membawa kepada masalah kehilangan air. Malah kehilangan air walaupun pada tahap yang lemah – iaitu hilang satu atau dua peratus – akan membuatkan anda mudah letih. Punca biasa masalah kehilangan air termasuklah muntah, cirit dan berpeluh.

    Tanda-tanda mengalami masalah kehilangan air


    • Dahaga atau dahaga yang berlebihan
    • Pening
    • Sakit kepala
    • Mulut kering
    • Air kencing yang sedikit
    • Otot lemah
    • Pening
    • Sakit kepala melihat lampu/cahaya terang



    Secara umum, rasa dahaga bukanlah idea terbaik untuk menjadi panduan bilakah anda perlu minum. Jika minum air dari botol, basuh dan ganti botol minuman secara kerap kerana botol plastik tidak dihasilkan untuk diguna secara kerap. ~ Sumber: Healthyahoo.com

    Ketika anda dahaga, kemungkinan anda sudah pun berhadapan dengan masalah kehilangan air. Apatah lagi jika usia sudah meningkat badan tidak lagi berupaya sepenuhnya mengesan kehilangan air dan menghantar isyarat ke otak. Dahaga yang keterlaluan dan kekerapan membuang air kecil mungkin tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal. Berjumpa dengan doktor untuk maklumat selanjutnya.

    Panduan


    • Minum segelas air sebelum makan atau selepas makan
    • Minum sebelum, ketika dan selepas bersenam
    • Buang tabiat menikmati minuman tidak sihat seperti arak dan soda

Monday, August 2, 2010

Demam

Assalammualaikum WBT,

Aku rasa cam nak sakit demam je nie. Tekak pun sakit dan perit..Huh!Mungkin banyak sangat minum air limau kot. Masam sangat jadi ada effect la ngan tekak kali. Hehe. Arini aku nak share apa yang besa aku minum klo nak hilangkan demam aku. Besa la kan. Klo aku nie demam memang teruk la. Tapi Alhamdulillah aku da tak pernah demam lagi. Ada pun sakit kepala. Itu pun jarang-jarang.

Klo aku rasa nak demam tu mesti aku cari minuman nie. Hampir setahun aku dah tak pernah sentuh panadol. Dulu, panadol la teman aku paling setia. Apalagi klo migrain da menyerang, mulalah aku cari dan makan dalam 10 2 biji gitu (tak bleh lebih, bahaya). Sejak itu, tiap-tiap minggu aku diserang migrain dan setiap kali itulah aku kena baham (spesis rimau kali) makan panadol. Tapi, Alhamdulillah sekarang aku da tak makan benda-benda tu sumer. Bukan apa, aku ada baca artikel tentang kesan buruk panadol nie. Biarpun iklan kat TV cakap takda kesan apa-apa jika dimakan mengikut dosnya tapi aku tetap yakin ia ada kesan yang tak baik pada kesihatan. Mungkin juga ia memang tak sesuai untuk aku.

So, aku dah tak amalkan makan benda tu. Sekarang aku lebih kepada minuman Radix. Kopi Radix, hehe.(promo ker? xlah). Tapi memang betullah, klo rasa-rasa nak demam jer, aku akan cari Radix. Memang tak jadi demam tu. Jadi cubalah, jangan tak cuba.



Setakat itu sajalah entri untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi di lain entri. Semoga sihat dan ceria selalu.

Salam Sihat,

EzAhaIza

Ketenangan Hati : Usaha, Doa dan Tawakkal

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)"

Kini, manusia amat jauh untuk menjaga hubungannya dengan Maha Pencipta yakni Allah SWT. Tidak hairanlah ramai yang mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Hati terlalu jauh untuk mengingati Allah apatah lagi beribadah kepadaNYa. Masya Allah, mungkin inilah dikatakan umat akhir zaman. 


Bila aku lihat kanan dan kiriku, pasti aku dapat melihat manusia yang penuh dengan kedengkian dengan kelebihan orang lain. Mengapa perlu irihati pada kelebihan dan rezeki yang Allah kurniakan untuk orang lain. Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNYa. Setiap kita masing-masing ada bahagian yang Allah berikan. Kalau kita  rajin berusaha, maka kita akan dapat hasilnya. Tidak perlu cemburu atau sakit hati. Sifat itu hanya akan memakan diri kita kelak. Kita boleh sakit, yang teruknya kalau sakit jiwa nie. Nau'zubillah. 

Dalam hidup nie, aku percaya kalau kita buat 3 perkara nie, insya Allah, apa yang kita lakukan akan diberkati dan permintaan kita akan dimakbulkan. Kalau kita tidak berusaha untuk merubah diri kita, kita akan tetap di takuk lama. Waktu tu tak perlulah nak menyalahkan orang lain. Apabila kita telah berusaha, hendaklah kita berdoa moga segala usaha kita akan mendapat hasilnya. Ini kerana Allah suka kepada hambaNya yang merendah diri dan memohon kepadaNya. Ia menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Dan yang terakhir adalah tawakkal. Setelah kita berusaha dan berdoa kepada Allah, kita hendaklah bertawakkal dan berserah diri kepada Allah. Mudahan-mudahan segala yang kita jalankan dipermudahkan oleh Allah SWT. Jika masih tidak berhasil bermakna, Allah ingin menguji kesabaran kita. Maka bersabarlah pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya pohon kesabaran itu pahit tetapi buahnya manis...

Salam Sayang,

Ezahaiza