Bismillahirrahmanirrahim.........
Assalammualaikum WBT....
Alhamdulillah...Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh berkat dan dinanti-nantikan oleh Umat Islam. Kita digalakkan memperbanyakkan amal kita pada bulan ini. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Nampaknya Ramadhan nie memang sesuai untuk kita berdiet. Bukan apa, kita makan cuma 2 kali sehari sahaja, semasa sahur dan juga sewaktu berbuka. Itu untuk kebaikan dan kesihatan kita juga.
Oleh itu, sama-samalah kita mempertingkatkan amal dan memperbaiki diri kita agar kita dapat meningkatkan iman kita. Semoga Ramadhan nie akan memberi seribu keberkatan buat semua umat islam....Amin...
Salam Ramadhan......
No comments:
Post a Comment