Assalammualaikum WBT,
Alhamdulillah, ari nie cukup lima hari kita berpuasa. Mudah-mudahan puasa dan ibadah kita diterima Allah. Dalam bulan Ramadhan nie pastilah ramai diantara kita yang berpusu-pusu untuk ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Solat Terawih nie kira popularlah dalam bulan Ramadhan. Apapun banyak hikmah untuk kita menjalankan ibadah terawih ini. Namun begitu, solat terawih nie adalah ibadah sunat yang dilakukan oleh Rasulullah. Ia dilakukan dengan 20 rakaat dan witir 3 rakaat, maka jumlah kesemuanya adalah 23 rakaat.
Mari kita lihat apakah keutamaan solat Terawih ini. Adapun, Solat Terawih ini adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)
Maka, marilah kita menyemarakkan lagi Ramadhan kita dengan ibadah yang banyak agar mendapat keberkatan dan beroleh rahmat dari Allah SWT.
Salam Ramadan
EzaHaiZa
EzaHaiZa
No comments:
Post a Comment