"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)"
Kini, manusia amat jauh untuk menjaga hubungannya dengan Maha Pencipta yakni Allah SWT. Tidak hairanlah ramai yang mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Hati terlalu jauh untuk mengingati Allah apatah lagi beribadah kepadaNYa. Masya Allah, mungkin inilah dikatakan umat akhir zaman.
Bila aku lihat kanan dan kiriku, pasti aku dapat melihat manusia yang penuh dengan kedengkian dengan kelebihan orang lain. Mengapa perlu irihati pada kelebihan dan rezeki yang Allah kurniakan untuk orang lain. Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNYa. Setiap kita masing-masing ada bahagian yang Allah berikan. Kalau kita rajin berusaha, maka kita akan dapat hasilnya. Tidak perlu cemburu atau sakit hati. Sifat itu hanya akan memakan diri kita kelak. Kita boleh sakit, yang teruknya kalau sakit jiwa nie. Nau'zubillah.
Dalam hidup nie, aku percaya kalau kita buat 3 perkara nie, insya Allah, apa yang kita lakukan akan diberkati dan permintaan kita akan dimakbulkan. Kalau kita tidak berusaha untuk merubah diri kita, kita akan tetap di takuk lama. Waktu tu tak perlulah nak menyalahkan orang lain. Apabila kita telah berusaha, hendaklah kita berdoa moga segala usaha kita akan mendapat hasilnya. Ini kerana Allah suka kepada hambaNya yang merendah diri dan memohon kepadaNya. Ia menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Dan yang terakhir adalah tawakkal. Setelah kita berusaha dan berdoa kepada Allah, kita hendaklah bertawakkal dan berserah diri kepada Allah. Mudahan-mudahan segala yang kita jalankan dipermudahkan oleh Allah SWT. Jika masih tidak berhasil bermakna, Allah ingin menguji kesabaran kita. Maka bersabarlah pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya pohon kesabaran itu pahit tetapi buahnya manis...
Salam Sayang,
Ezahaiza
No comments:
Post a Comment